Sunday, February 22, 2009

Pawana Riders Tour of Island 5

Hari ni sekali lagi Pawana Riders buat Tour of Island. Rasanya untuk kali kelima selepas penubuhan Pawana Riders kira2 8 bulan yg lalu. Perjalanan hari ni cukup mencabar dan masa menjadi keutamaan disebabkan kelewatan masa berlepas. Cabaran pertama adalah untuk sampai di Kedai Roti Sorai dan ianya berjaya dilaksanakan. Cabaran kedua adalah untuk sampai ke garisan penamat sebelum hujan turun. Namun, ada juga yg tewas dan terpaksa bermandi hujuan dipertengahan perjalanan. Mandi hujan pun best jugak kan?
.
STATISTIK - PAWANA RIDERS TOUR OF ISLAND 5
DISTANCE = 74.33 km
MAX SPEED = 63.0 km/h
AVG SPEED = 20.9 km/h
CYCLING TIME = 3hr.56m.49s
ROUTE = BAYAN BARU - GREENLANE - MT. ERSKINE - BATU FERINGHI - TELUK BAHANG - BALIK PULAU - TELUK KUMBAR - SG ARA - FIZ - BAYAN BARU
.

Kenangan sebelum bermulanya kayuhan. Muka fresh dan bersemangat lagi...

Cumulonimbus berarak lalu. Perjalanan harus diteruskan...
.
Masaro T-Bolto Orengo masih mampu tersenyum...
.
Alamak! Rauf... Are you OK?
.
Kenangan Di Mt. Erskine. Menyimpan byk kenangan sejarah perang WW2
.
Kini telah aman, kata De Facto dgn aksi comelnya.
.

Salah satu tempat menarik di Mt. Erskine
.
Batu Feringhi Beach...
.
Kini nasib mereka telah terbela. Namun sejarah hitam 26 Dec 2004 masih terpalit dihati.
.
Kedai Roti Sorai Teluk Bahang. Penaja Rasami Pawana Riders Tour of Island.
.
Rauf dah lapar tunggu roti canai. Sabar Rauf...sabar...
.
Kenanangan bersama Manggis Riders sebelum meneruskan perjalanan di zon pendakian.
.
De Facto & Zuhai PP... bermulanya zon pendakian.
.
Masaro, Rauf Jr & K.Jamis
.
Air Terjun Titi Kerawang kekeringan air. Puncanya, Pak Dam T-Bolto Al-Mata Ayeri tak mai laa niii....
.
Hentian wajib bergambar. Air Terjun Titi Kerawang...
.
Jan Brothers
.
Jamis Brothers
.
Edisi kali ini bakal dipancarkan terus ke seluruh pelusuk dunia...

Thursday, February 19, 2009

Kongrres Pawana Riders

Senja 17 February 2009. Mendongak ke langit tinggi dari muka pintu kelihatan awan merah berbalam-balam dibenam tompok2 hitam cumulonimbus menandakan titis2 halus bakal jatuh ke bumi setelah bebulan lamanya menyepi diri. Namun, hiraukan sahaja kisah cumulonimbus itu kerana ia adalah lumrah alam. Yang pastinya, malam ini sesuatu yang tidak mungkin dilupakan pembalap2 Pawana Riders dan semestinya menjadi buah mulut ramai tidak kira dimana pun pelusuk dan ceruk tanah merdeka ini. Seharusnya tercatat dalam kalam sejarah Pawana Riders…
.
Julung kalinya, gemerlapan Cafe Pauh D’Layang, Hotel UiTM, Permatang Pauh, Pulau Pinang, menjadi saksi Kongres Pawana Riders yang pertama dengan satu tujuan demi menyatukan kesemua pembalap2 Pawana Riders yang selama ini tidak mengenali sesama sendiri dek kerana geografi lautan luas yang menjadi pemisah persahabatan ini. Bak sebuah jambatan yang merentasi selat, kongres ini jelas menjadi penghubung Pawana Riders dari pulau dan juga tanah besar…
.
Keceriaan dan kegembiraan mula menyemarak tatkala bertemu dan bersuai kenal. Terpancar wajah2 ceria dari segenap sudut ruang dan juga lensa2 yang merakamkannya. Layanan istemewa Café Pauh D’Layang berserta santapan yang sedia terhidang memuatkan pembalap2 Pawana Riders makin asyik berbual mesra tatkala kadang2 ada juga yang kelihatan tersandar kekenyangan tak terkata. Hanya mampu menyambut dengan senyuman namun cukup menghidupkan suasana…
.
Tak kenal maka tak cinta, kata2 puitis pujangga cinta. Begitu juga Pawana Riders, yang selama ini asing dan tidak mengenali sesama sendiri. Akan tetapi, malam sejarah yang mampu menandingi rentetan gah sejarah Kota Rome mahupun Empayar Farsi, menjadi titik perkenalan setiap pahlawan Pawana Riders yang membuka bunga perkenalan satu persatu sambil diselang-seli dengan gelak tawa dan usik mengusik, tanda2 keakraban mula menajalar di hati setiap pembalap Pawana Riders. Malam indah yang cukup bermakna…
.

Perkarangan Hotel UiTM

Ajiliza...Tersenyum lebar

Pembalap Pawana Riders bersaudara dari Sg Petani

Apa yang kelakar sangat tu....

Barisan belakang (Zuhai PP, K.Jamis, Raif Turbo), Barisan Hadapan (Rauf Jr, Ajiliza)

Wajah2 yang tak sabar nak melantak...
.
Bersama Chef Rahman, salah seorang pembalap Pawana Riders juga...
.
Nampak macam kembar kan? Suhairi Avalanche & Zuhai PP
.
Dari kiri : Reimi Pawana , Jan Giant, Fauzee SP & Ida SP
.
Ketibaan Pak Dam T-Bolto Al-Mata Ayeri. Tetap menghadirkan diri walaupun sedikit terlewat... .
Dari kiri : Ajiliza, Hafizi, Lee the Grinder, K.Jamis
.
Dari kiri : Sudirman, Atan, Jan, Naim Jamis
.
Lee dok belajar potong daging. Imported from Australia tuu…
.
Kusyuk menjamu selera...
.
Menu Hidangan Café Pauh D’Layang
.
Assorted Desserts
.
Cheese Cake with Custard Cream
.
Cocktail with Red Jelly
.
Pawana Riders yg menghadiri kongres malam ini...
.
Bersama Adik Manis…
.
Main Course – Roasted beef served with ginger oyster sauce accompanied with deep fried sweet potatoes and chef selected vegetables
.
Close-up
.
Layanan bertaraf 5 Bintang...
.
Baru separuh dah kenyang. Banyak tuuuu...
.
Masej keamanan dari De Facto. Stop War!!!
.
Cukup berselera…
.
Rauf (Jr) tgh makan sampai sedar yg gambarnya telah dirakam…
.
Tersadai kekenyangan...
.
Kenangan sebelum bersuarai…

More Pictures...
----------------------------------------------------

.
PERUTUSAN KHAS MR. PRESIDENT
.
Assalamulaikum & Selamat Malam,

Pertama sekali adalah sesuatu yang membanggakan kerana kita telah menganjurkan Kongres Pawana Riders pada malam ini, walaupun pada permulaanya hanyalah sekadar main-main sahaja. Dalam seminggu dua ni kita sering menangguhkan tarikhnya, tetapi akhirnya malam ni ia menjadi kenyataan.

Kalau diikutkan, PAWANA ni maksudnya semua dah tahu kan? Sebelun terbitnya nama PAWANA ni kita ada nama “Rengkuh” dan macam2 lagi cadangan. Dia datang dari dua atau tiga kumpulan yang tujuannya hanya satu. Kita ada kumpulan pulau yang diketuai oleh Saudara Raif Turbo, kemudiaan Saudara Lee dengan kumpulannya sendiri dan kita ada kumpulan NJ yang baru berjinak-jinak dalam sukan MTB ni. Akhirnya, kita bergabung dan membentuk PAWANA RIDERS yang kini menjadi satu “team” yang digeruni pada masa kini.

Dalam PAWANA RIDERS ni kita ada pelbagai kategori pembalap seperti yang kayuh santai2 dan ada juga yang “push to the top”. PAWANA ni sudah dikirakan menjadi sebutan kaki2 kayuh yang lain. Kita ada yang menyertai jambori dan ada juga yang menyertai kejohanan antarabangsa seperti Jan Giant dan lain-lain. Usaha-usaha ini mampu melonjakkan nama PAWANA RIDERS di mata dunia.

Akhirnya, dengan adanya Kongres Pawana Riders ni kita dapat mengenali sesama sendiri demi satu tujuan iaitu berkayuh dan dariari matlamat ini kita dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain. Selamat Maju Jaya dan jumpa anda di Kulim Hi-Tech Jamboree bulan hadapan.

Sekian, Terima Kasih.

PAK NAN DE FACTO LEADER
(President of Pawana Riders)
.