Friday, September 12, 2008

Bukit Langkap dan Empangan Mengkuang












































Foto Individual Terbaik


Berikut adalah foto-foto aksi kayuhan para Pawana Riders yang terbaik dan yang terbaru. Foto-foto ini akan ditukar-gantikan dari masa ke semasa sebaik saja foto yang lebih menarik muncul.

Kepada yang mereka yang belum lagi kelihatan fotonya dalam penulisan ini, harap bersabar. Kemungkinan saudara malu ditangkap gambar, ataupun saudara kurang mengikuti latihan-latihan bersama Pawana Riders. Sila lebih tekun lagi!

Sekali lagi ingin diingatkan, hanya foto semasa aksi kayuhan saja yang akan dipilih. Yang dok diri relak sambil senyum lebar tu tak "ah ci"! Kriteria yang paling kurang, kaki kena diatas pedal.


Saudara Hamdan semasa di SP Jamboree




Saudara Zuhai semasa menuruni bukit di SP Jamboree






Saudara Suhaili mendaki naik bukit sebelah Empangan Mengkuang





Salah seorang rakan dari Manggis Rider. Alamak, lupa nama pula.




Pak Dam semasa mendekati garisan tamat di SP Jamboree




Saudara Zuhai semasa mendaki bukit sebelah Empangan Mengkuang


Alamak lupa nama lagi! Maaf yah!




Saudara Raif Turbo sejurus tiba garisan tamat SP Jamboree.

De Factor Pak Nan Hussar

Saturday, September 6, 2008

Bulan Berpuasa; Minggu yang basah

Sudah seminggu Bulan Ramadhan bermula, memang ada nampak keletihan pada wajah muka rakan-rakan berbasikal. Namun, ada juga yang sempat melepaskan "gian" secara berkayuh keliling taman sekitar Sungai Ara, Relau and Bayan Baru.

Minggu ini minggu yang basah dan lembap di Pulau Pinang. Hujan turun tak kenal masa, kadang kala turun pada waktu subuh, petang mahupun senja. Lebih teruk lagi, hujan turun tak terhenti-henti sejak malam Jumaat sampai hujung minggu. Jangan kata nak kayuh kat Bukit Carpet, nak kayuh atas jalan tar pun tak jadi. Memang bahaya sungguh kalau kayuh ke bukit pada waktu-waktu lembap sebegini...... apa boleh buat, gantung basikal, relak kat rumah saja loh....
Mungkinkah denai-denai di Bukit Rumah Biru dan Bukit Carpet akan dipenuhi rumput and semak disebabkan kurang beskal yang lalu-lalang, musim hujan dan pengakhiran musim durian ...

Mungkinkah ini sekadar alasan sebab malas nak berkayuh berseorangan......

Wednesday, September 3, 2008

Pawana Riders Blog Kembali Semula

Sejak hari Jumaat yang lepas, blog Pawana Riders telah disekat oleh blogspot dan ianya dikategorikan sebagai SPAM Blog. Definasi Spam Blog yang dipetik dari Wikipedia adalah seperti yang berikut:

"Spam blogs, sometimes referred to by the neologism splogs[1], are artificially created weblog sites which the author uses to promote affiliated websites or to increase the search engine rankings of associated sites. The purpose of a splog can be to increase the PageRank or backlink portfolio of affiliate websites, to artificially inflate paid ad impressions from visitors, and/or use the blog as a link outlet to get new sites indexed. Spam blogs are usually a type of scraper site, where content is often either inauthentic text or merely stolen (see blog scraping) from other websites. These blogs usually contain a high number of links to sites associated with the splog creator which are often disreputable or otherwise useless websites."

Namun, setelah beberapa kali diajukan surat aduan dan menelefon kepada admin Blogspot, akhirnya mereka berjanji untuk mengaktifkan semula PAWANA RIDERS Blog.

Adalah difahamkan bahawa, blog Pawana Riders telah disilap sekat oleh robot system perisian mereka sendiri. Percayalah yang ianya tak ada kena-mengena dengan arahan Menteri Dalam Negera kita yang menyeru sekatan terhadap beberapa blog radikal dalam negara kita ni.