Minggu ini minggu yang basah dan lembap di Pulau Pinang. Hujan turun tak kenal masa, kadang kala turun pada waktu subuh, petang mahupun senja. Lebih teruk lagi, hujan turun tak terhenti-henti sejak malam Jumaat sampai hujung minggu. Jangan kata nak kayuh kat Bukit Carpet, nak kayuh atas jalan tar pun tak jadi. Memang bahaya sungguh kalau kayuh ke bukit pada waktu-waktu lembap sebegini...... apa boleh buat, gantung basikal, relak kat rumah saja loh....
Mungkinkah denai-denai di Bukit Rumah Biru dan Bukit Carpet akan dipenuhi rumput and semak disebabkan kurang beskal yang lalu-lalang, musim hujan dan pengakhiran musim durian ...
Mungkinkah ini sekadar alasan sebab malas nak berkayuh berseorangan......
No comments:
Post a Comment