Friday, March 13, 2009

KULIM HI-TECH PARK MTB EXPLORATION 2009

Dah hampir seminggu Kulim Hi-Tech Park Exploration 2009 ataupun Kulim Jamboree 2009 telah berlalu. Amacam semua Pawana Riders? OK ke? Jom kita layan kenangan2 terindah, suka-duka, perit-getir, huru-hara, gegak-gempita, hujan-panas kat Kulim Jamboree tempoh hari...
.
Cheif Raif Turbo tgh setup jentera. Baju Panglima berantai dia tak lupa punya...
. Ida Sp, KJ & Pak Nasir
.
De Facto dgn mesej rasminya...
.
Pawana Riders sedia beraksi dgn jentera masing2...
.
Mari bersenam dgn Cikgu...
.
Bersedia... Debaran telah bermula...
.
Antara yg dibarisan hadapan...
.
GO! GO! GO! GO! GO!
.
Kejar mengejar untuk ditabalkan sebagai Raja Pecut...
Current Speed = 45km/h ++
.
Bidi Soya bagaikan nak terbang...
.
Laluan Getir...Bukit Botak.
.
Hamparan tanah merah yg nampak mudah... Tp keperitannya hanya yg melaluinya sahaja yg mengetahui....
.
Tinggal 5 km sahaja lagi ke garisan penamat...
.
BIDI SOYA
"Yes!!!..Akulah Juara..."
. K.JAMIS
"Arrghhh!!!....Saya sedih kerana sasaran saya tersasar"
.
REIMI PAWANA & FAUZEE SP
"Kami jadi Pengurus Pawana Riders jee hari ni..."
.
JAN GIANT
"Cukup mencabar... Saya rasa trek ni lebih mencabar dari BM tempoh hari..."
.
MASSARO & RAIF TURBO
" Kami saling kejar mengejar di sepanjang trek..akhirnya sampai pun sama2 laa jugak..
. NAIM JAMIS & SHAH
" Kemana sahaja kami bersama...dari latihan hinggalah ke Jamboree samapilah ke garisan penanamat"
. AJILIZA
"Saya bangga kerna dapat menamatkan kayuhan kali ini dengan memakai Jersey PAWANA RIDERS"
. LEE GRINDER & CHEF GIANT
" Kami berbasikal sambil bersantai & berbincang tentang resepi2 rahsia untuk kekuatan Pawana Riders pada masa akan datang"
. IDA SP
"Walaupun rakan Pawana saya dr SP tidak menyertai kayuhan kali ini, saya tetap meneruskan perjuangan..."
. MIZEE SONIC
"Apa yg dapat saya katakan ...KESAKITAN HANYA SEMENTARA...MARUAH KEKAL SELAMANYA...tunggu kemunculan jentera baru saya untuk menggegar dunia MTB ini..."
. PAK DAM T-BOLTO AL-MATA AYERI
"Perpindahan rumah dah kedatangan orang baru dalam keluarga membataskan latihan saya sebelum ke jamboree. Saya akan mengaum di Nibong Tebal nanti..."
. ATAN
"Saya tak kisah dapat no berapa pun.... Apa yg pentinggg...Bekerjaaasamaa...WONDERPET!!!"
. ZUHAI PP
"Masalah kekejangan otot masih membelenggu kayuhan saya..Mujur saya dapat meneruskan perjuangan ke garisan penanat..."
. DE FACTO
"Masalah teknikal... Tayar pancit sampai 2 kali merencatkan kayuhan saya kali ini..."
. Zuhai PP, K.Jamis & Mizee Sonic
.
Mandi time...
. Apakah mentera yg Ida SP sedang bacakan untuk mendapatkan hadiah cabutan bertuah?
.
Akhirnya...Pak Dam jugak yg dapat tempias...Pak Dam kata ini pertama kali dalam hidupnya dia dapat hadiah lucky draw..
. Kenangan sebelum berangkat pulang...
.
Jumpa di Nibong Tebal MTB Adventure 2009 June nanti...
.
More Pictures...

No comments: