Plan asal nak buat training kat Tiger Hill dekat Penang Hill. Tetapi memandangkan Masa tidak mengizinkan & halangan kerja pada tengah hari, Latihan di Tiger hill terpaksa ditunda. Sementara mencari idea track mana yg bersesuaian dengan keadaan semasa & setelah berbincang dgn Abg Nasir persetujuan telah dibuat untuk meredah track Gertal Sanggul yang diuar-uarkan salah satu track terhebat di Pulau Pinang. Setelah beberapa SMS dibuat hanya chief de mission Abg Shukur telah bersetuju menyertai trail redahan ini. Untuk Pengetahuan semua trail ini adalah pertama kali buat Hamdan, Abg Nasir & Chief Abg Shukur membuat redahan ini hingga ke Pulau Betung. Sementara menanti Abg Shukur membuat kayuhan solonya dari Kg Binjal kami telah membuat persediaan mental & fizikal, Set leatherman telah disertai sekali bagi menghadapi perkara yg tidak diingini. Teringat pesanan jurulatih palapes dulu dalam survival hutan, Pisau adalah perkara yg penting sekiranya memasuki kawasan hutan....Dan dalam kesimpulannya track ini memang menarik, taugh & menguji mental & fizikal...Semasa membuat kayuhan ... Tiba-tiba hujan rahmat turun dengan lebatnya semasa di dalam hutan getah......aah!!!!! idea telah hilang...
Start kayuhan : 9.00 pagi ( Lewat sebab memikirkan idea & kena pergi pasar dulu)
Total distance : on road ( 15KM). off road (8km)
Average speed : on road ( 25km/h) off road ( 45km/h-downhill & 12km/h uphill )
Tamat kayuhan : 12 noon.
Start kayuhan : 9.00 pagi ( Lewat sebab memikirkan idea & kena pergi pasar dulu)
Total distance : on road ( 15KM). off road (8km)
Average speed : on road ( 25km/h) off road ( 45km/h-downhill & 12km/h uphill )
Tamat kayuhan : 12 noon.
Panduan redahan : anak panah( Terima kasih la sapa yang buat anak panah tu..)
Disertakan gambar dibawah untuk tatapan semua.
Chief Abg Shukur & Hamdan....Diatas puncak Bukit Gertak Sanggul. Mengikut perkiraan keadaan katinigian bukit lebih kurang 50 meter dari aras laut....
Abg Nasir beserta Chief Abg Shukor di Punjak bukit Gertak Sanggul. Belakang pemandangan Permatang pasir...
No comments:
Post a Comment