Keseluruhan..hari ini adalah training rutin bg Pawana Riders pada hari Sabtu. Kedua-dua bukit ni mesti ditawan bg memastikan stamina setiap rider pada tahap optimum sebelum ke SP. Keadaan cuaca yg kemarau memudahkan pendakian, tp sedikit berdebu. Diramalkan cuaca panas ni akan berterusan dan sebagai persiapan kenalah bawa air banyak2 time training sebab mmg cepat haus. Hari ni terdapat juga riders yg terpaksa pulang awal kerana ada urusan lain. Untuk pengetauan semua, "Uncle Wong" telah meracun seseorang untuk membeli beskal. Minggu depan kita tengok sama ada racun "Uncle Wong" mujarab ke tak. Berubahkah basikal dan XTVT nya dari membawa anaknya bersiar-siar di pagi hari kepada yg lebih extreme dan mencabar. Jgn lupa saksikan kesudahannya minggu depan. Training hari ini turut disertai oleh ahli2 kelab MTB yg lain jugak.
Training Summary
Date : 2/ August / 2008
Time : 8.45 am - 11.45 am
Location : Pusat Latihan Pawana Riders (Rumah Biru & Carpet)
Start -End : Dinas Sg Ara - Blue House - Carpet - Dinas Sg Ara
Distance : 15 km
Max Speed : 44 km/hour
Avg Speed : 12.7 km/ hour
Time : 1 hour , 28 minutes
Report by - K.JAMIS
No comments:
Post a Comment