Malam sebelum pertandingan, memang amat teringin nak tidur awal. Selepas makan malam, masuk bilik pukul 10pm, namun 2 jam atas katil tak terlena juga. Excited sangat, bermacam-macam benda muncul dalam fikiran, risau tentang kayuhan, risau pasal strategi, risau pasal beskal and lain lain lagi. Bangun, telan setengah biji pil selsema, lepas tu tidur smooth saja...
Tepat pukul 4 pagi, alarm clock berdering..... bangun! Lepas berkemas, turun settle beskal dan masukkan ke dalam kereta. Bertolak ke Bayan Baru Petronas station untuk berkumpul dengan Raif, Zuhai and Wan. Tak sampai 5am, sekalian kawan pun sampai, setiap satu memang nampak segar bersemangat. I dok fikir kalau bukan pasal Jamboree ni, siapa nak bangun pagi-pagi buta ni. Setiap seorang mesti sudah banyak berkorban masa, wang and tenage demi Jamboree ni, tak mungkin nak lepaskan begitu saja..... tiba-tiba I terasa semangat yang amat membara.
Slowly, kami pun bertolak ke destinasi.... Sungai Petani. Lebih kurang pukul 6am, kami pun sampai ke station minyak sejurus keluar dari tol SP Selatan. Kelihatan ada kumpulan kumpulan beskal yang lain berkeliaran di sekitar bandar raya Army ni.....
Kami bersinggah sekejap untuk bersarapan pagi, setiap satu order nasi lemak dengan milo panas. Terima Kasih kepada Abang Raif Turbo kerana belanja kami sarapan yang memang sedap and berkhasiat ni... percayalah, kalau tak ambil nasi lemak tu, memang tak jadi nak complete sampai titik penamat semasa pertandingan.....
Sejurus bersarapan, kami bertolak to rumah Marshal kami, encik Amry, adapun lebih terkenal dengan panggilan Ida SP..... Namun, pencarian rumahnya tak berapa lancar, selepas beberapa pusingan di Taman Puteri Jaya, sampai kena "sound" dari pengawai rukun tetangga Indai yang tak bertauliah, baru nak phone Amry mintak tolong....
Sampai kat rumah Amry, kami pun mula bersiap-sedia dengan peralatan, pakaian and jentera-jentera yang akan menemani kami mengharungi cabaran di Jamboree ini. Amat berterima kasih kepada seisi keluarga Amry yang sudi menjemput kami and memberikan ruang untuk persiapan kami berempat. Selain itu, ada juga disajikan dengan bihun, sandwich dan Milo panas.
"PAWANA RIDERS" , perkataan yang amat jelas and ganas terpapar di hadapan jersey kami. Memang menyerlah jauh dari yang biasa. Sepantas kilat, kami semua menukar and memakai jersey ni. Kalau sejak dulu, kami dok lihat jersey ni dari kaca komputer and internet sahaja, dok bincang pasal jersey kelab, warna, corak, yang ni yang tu.......namun sekarang jersey ni tergantung pada badan kami, terasa amat bersemangat dan berbangga.....
Berikut adalah beberapa tangkapan foto di Jamboree, banyak lagi yang akan menyusul nanti....
Starting Point.....ramai lagi yang tak masuk barisan...
satu lagi gambaran starting point
Semua dok tunggu Chief Marshal buat pengumuman....waktu tu I terdengar ada peserta merunggut bag"neh neh" nya rosak sebab anak gigit putingnya... air duk keluar tak terhenti....
HAHAHA, I tergalak dan terpikir : " Kalau kita rebut rezeki dengan anak kita, inilah pengajarannya.... mereka tau balas balik"..... jangan marah!
Peserta berihatEnd Point....crew crew sibuk menyemak gelang yang ada pada lengan peserta. Sesiapa yang berjaya mengumpulkan 4 gelang bermaksud beliau berjaya menamatkan cabaran Jamboree dan layak untuk cabutan bertuah nanti...Yang ini yang I paling tak suka langsung. Dahlah penat... nak kami tunggu di bawah sinaran matahari yang teriak dan panas sementara mengunggu result cabutan bertuah.... aiksss tak terasa bertuah pun....kulit dah macam panggang ayam....canopi tu ada, tapi bikin silap tempat.....
Jaguh-jaguh Pawana Riders. Pak Dam dengan rasa kepuasan yang tak terhingga, mengetuai kumpulan Pawana Riders menamatkan cabaran in SP. Tabik!Seorang lagi jaguh Pawana Riders, Tuan Raif. Walaupun ada terjatuh and bengkak lutut, namun dapat menamatkan cabaran dengan gayanya. Tabik!
Walaupun penat and dalam kesakitan, namun masih gembira. Tuan Raif, dengan bekalan air 1 liter, dapat menghabiskan keseluruhan trek... memang power betui. Kedengaran Tuan Raif berbisik dengan Pak Dam: " Jangan bangga sangat, mai kita try lagi kat BM nanti, tengok lah siapa yang akan sampi dulu."
Mari kita jenguk clip video ini (ehsan Allan Chan)
No comments:
Post a Comment