Saturday, October 11, 2008

Peta Rahsia BM Jamboree

Pagi hari ini, saya kembali menjelajahi Bukit Carpet setelah sebulan gantung beskal. Gembira berjumpa semula dengan teman-teman yang fanatik beskal kayuh lasak. Setiap orang nampak bersemangat.

Mendaki naik Bukit Carpet, kelihatan rumput lalang yang panjang dan semak yang menutupi denai-denai menaiki jalan Carpet. Mungkin ianya disebabkan musim hujan sejak kebelakangan ini, mahupun di sebabkan musim buah-buahan yang telah berlalu, malas pekebun dusun hendak mengemasinya.

Berbeskal ini memang sukan yang memerlukan konsistensi, walaupun sudah berkali-kali menaiki bukit Carpet, namum masih terasa penatnya setelah berhenti sebulan. Bukan saja manusia yang penat, beskal juga mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang tak menyenangkan, terutamanya bahagian gear beskal. Ada juga rakan yang beskalnya putus rantai, rantai Shimano pula tu....... Beskal Kencho ok saja lah, maklumlah beskalnya entry level saja, gearnya duk lompat secara automatic...

Disebabkan hujan lebat malam semalam, lantai simen licin dan diseliputi dengan lumut. Walaupun berhati-hati semasa menuruni Bukit Carpet, namum Kencho tak terlepas juga, beskalnya buang dan dia jatuh bertirap atas jalan simen. Luka di lutut, bahu and tangan terseliuh. Beskal OK. Kalau nak kira, Kencho memang dapat tempat pertama, juara jatuh beskal. Kalau tak silap yang ini kali ke 5 jatuh beskal. Pernah jatuh masa SP jamboree, pernah juga jatuh in Bukit Langkap......

Namun, terjatuh pun berbolai, semasa mencuci luka di tepi sungai, terjumpa sehelai Peta Rahsia. Adakah ini peta rahsia BM Jamboree? Mungkin teman dari Seberang dapat menentukannya


2 comments:

Perlis Power said...

Salam perkenalan, nasib baik tak jumpa peta harta karun...kalu tidak leh upgrade mtb. Jumpa nanti di BM Jamboree dr perlispowermtbclub...

PAWANA RIDERS said...

Salam.... gembira sungguh dapat lihat ada rider yang beri comment kat blog kami ni. Dah lama tak dapat sebarang comment dalam penulisan kami.

Ya... jumpa nanti di BM Jamboree... semoga rider Perlis selamat menjalani latihan dan dapat kita sama sama mengharungi cabaran di BM Jamboree...