Masa memang berlalu dengan pantas, sekelip mata sebulan sudah berlalu.
Sebulan Blog tiada penulisan baru;
Sebulan Puasa bersamaan sebulan tak gerek beskal;
Sebulan saja lagi sebelum BM Jamboree tiba.
Namun banyak peristiwa telah berlaku di sekitar kita, ada yang mengembirakan, ada juga yang menyedihkan.
Politik negara yang tak stabil;
Pak Lah dah confirm nak blah;
Anwar masih tak berjaya;
Raja Petra berhijrah ke Kamunting; (mungkin kita boleh lawat dia masa Taiping Jamboree)
Ekonomi Global yang merisaukan;
Semakin banyak syarikat pecah pekerja;
Semakin banyak bank yang gulung-tikar;
Namun Menteri Kewangan Malaysia masih katakan ekonomi Malaysia ok;
Walaubagaimana pun, benda-benda seperti ini adalah di luar kawalan dan jangkaan kita. Jalan kita masih jauh, ramai lagi yang masih mengharapkan kita. Jangan sekali-kali kita putus asal dan semangat untuk meneruskan kehidupan.
Pawana Riders adalah untuk mereka yang inginkan kebebasan, yang inginkan keyakinan, yang inginkan kesihatan dan yang pentingkan kesahabatan. Jadikannya sebahagian kecil daripada kehidupan kita. Mungkin ianya benda terakhir yang masih dapat kita kawal.
No comments:
Post a Comment