Wednesday, July 30, 2008

BM Mountain Cross 2008

BM Mountain Cross 2008 ini dianjurkan bersama oleh LP MTB Cub dari Bukit Mertajam, Penang. Pertandingan ini akan berlangsung pada 9hb November 2008 di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Yang menariknya, dengan bayaran RM50 perserta layak menerima sarung tangan, topi, sarung kaki, goodies bag, jersey dan banyak lagi. Memang berbaloi untuk berserta. Namun, hanya 500 penyertaan akan diterima, dan setakat jam 10pm, 30hb Julai, 294 pendaftaran telah diterima and disahkan olen pengelola. Jadi, jangan tunggu lama-lama, daftar lah sekarang juga. Jangan risau pasal stamina, masih ada 3 bulan untuk berlatih.

Yang penting buat Kumpulan Pawana Riders, sudah ada 8 peserta akan bersaing dibawah panji-panji Pawana Riders. Sesuatu yang memang patut dibanggakan.



Daripada pengurusan Kumpulan Pawana Riders:

"Tahniah kerana berjaya berdaftar ; Terima kasih kerana mempercayai and kasih kepada Kumpulan Pawana Riders. Semoga para peserta dapat bergembira, berjaya dan paling penting, selamat mengharungi cabaran in Bukit Mertajam".


Sekian...

No comments: