Salam sejahtera!
Minggu lepas, bukit bukau sekitar Sungai Ara bergegar lagi dengan kehadiran para Pawana Rider ini.
Pada hari itu kumpulan tersebut lebih besar bilangannya berbanding dari minggu2 yang lalu... rasa rasa akan ada lebih lagi minggu ini.....Fuyok gempar!
Akan tetapi kenalah jaga displin, janganlah gempar sampai kena complaint sama peduduk-penduduk sekitar......kita ni yang dok gila beskal saja awal-awal pagi, orang lain nak tidur lagi lah...
Ada yang segaja datang dari Seberang, semata-mata nak kayuh menyahut cabaran alam semulajadi bukit-bukau Sungai Ara ni. Kira-kira pukul 8:30am, semua ahli Pawana Riders pun sampai, kayuhan bermula.
Deretan Jentera dengan Pahlawan Pawana Riders yang segar bersemangat berbaris mengambil foto. Yang kecil molek tu anak Sifu Raif, namanya Rauf....memang ada gaya macam ayahnya.
Jentera Suhairi mengalami kerosakan jentera. Tu lah, stamina beskal kena juga jaga, lama tak kayuh, beskal mana boleh pick up, jadi karat dan rosak. Mountain Bike (MTB) tukar jadi Mari Tolak Basikal. Aikssss.....
Check point yang pertama.
Pandangan waktu pagi Bandar Bayan Lepas.
Tangkap angin.....trek ini memang susah di daki, namum ada pilihan sama ada nak ikut jalan lumpur atau jalan batu bata. Setiap pilihan ada cabarannya yang tersendiri.
Berhenti rehat sekejap di check point 2. Rauf kelihatan bersemangat lagi....tapi yang lain dah tak larat nak tamgkap beskal masing masing.... haiiihhh.
Zuhai dengan aksi kayuhan bertenaganya ......
Semua Pahlawan Pawana Rider berpecah peluh... namun tetap bersemangat....Lawan tetap LAWAN
Mana satu yang bajunya tak basah, perasaan kepuasan yang tak terhingga...
Ingin mengambil kesempatan menperkenalkan beberapa Ahli Pawana Riders:
Pak Dam, Khairi dan Zuhai
Pak Dam dengan jentera Proton T Bolt
Ahli Baru
Ahli baru... rehat jangan tak rehat
Khairi dengan jentera Jamis Trail-X 3.0
Zuhai dengan jentera Merida TFS Matt
Suhairi dengan jentera Hasa
Ahli ahli baru
Masaro dengan jentera Proton T-Bolt
Akhir sekali, R Besar dengan r kecil (R&r), tapi bukan role and responsibility, yang ini Raif and Rauf. Segak bersemangat.
Selepas berehat, kumpulan Pawana Riders mengayuh menuruni bukit yang curam. Buat masa ni tiada lagi foto untuk di pertayangkan lagi. Maklumlah, memang bahaya nak berhenti tangkap gambar waktu turun bukit. Tapi jangan bimbang, akan dikongsi bersama di lain paparan.
sekian. Hidup Pawana Riders.
No comments:
Post a Comment