Friday, July 18, 2008

Bukit Rumah Biru

Minggu yang lepas, kumpulan kecil Pawana Riders menyahut cabaran mengayuh mendaki naik bukit rumah biru.

Pagi itu memang nyaman, dapat juga bertemu dengan beberapa kumpulan yang lain yang turut mengunjung ke bukit tersebut.

Sejurus sampai ke kaki bukit, berikut adalah pandangan cabaran yang pertama. Cerunnya nampak ok la, ada confident lagi.



Manalah tau, habis sahaja cabaran yang pertama and yang kedua, tercunggap-cunggap macam nak pengsan. Kedengaran ada yang pitam.... belok and pandang lagi ke hadapan ... TU DIA.. ada lagi yang lebih cerun yang lagi curam.


Terpaksa juga kami berhenti beberapa kali untuk tangkap angin, maklumlah ada murid yang baru join. Ada yang muntah lagi, sebab silap pilih sarapan pagi, mee goreng mamak sama milo ais... masa ia keluar, macam chinese shark fin soup.

Nampak gaya, kami terpaksa batalkan hasrat untuk mendaki naik bukit permaidani. Boleh sampai bukit rumah biru pun dah kira ok...

Yang ini cerun yang paling curam sekali, kena tangkap angin secukupnya sebelum naik, kalau tidak "puncture" jadinya....


Akhirnya, sampai juga ke destinasi kami. Inilah dia rumah biru yang menjadi tempat persinggahan kami yang terakhir untuk berehat. Rumahnya usang dan tiada didiami.



Pemandangan sekitar bandar Bayan Lepas yang indah jelas kelihatan sepanjang trek kayuhan kami. Malangnya, tiada foto yang dapat dikongsikan bersama kali ini, namun akan kami cuba paparkan di lain masa.

sekian.

No comments: